Oct 23, 2010

Medical Lab. cool...or too cold?


Salam semua..Ini lecturer kami, namanya madam Azlin. Dun worry dia tak garang. Baik hati je..hehe..Madam ngajar kitaorang microb & chempath. Lecturer kami ni best coz dia baik hati bagi markah & ngajar kami sampai paham.

Ni pulak madam Boob Pa. Dia ngajar kami Hematology. Madam lec part time, dia full time kat HKL jalan pahang, ngajar budak2 Medical Lab,SPA. Dia seorang lec yg baik jugak, suka bagi markah. kalau tak paham boleh terus tanya dia.

Yg ni plak en. Khairy, lec. assistant. Dia selalu tolong en.Nazri kat lab. Blood Bank! yg bestnyer dia ni, dia seorang yg sampoi. Kalau ngajar senang kami nak paham. Memang sesuai jadi lecturer! tgk la tu gaya penyampainya, ala2 tokoh politik! kahkah..


 Korang bertanya tentang lab? yea lab lalalalala... hehe kalau tanya sy, sy ckp ok jer. tak percaya? datang lah sini, boleh tengok2 lab. Tengok jer tau? jangan usik or jangan korang buat hal tamo balik rumah plak (jenuh sy nak pujuk nanti). Macam2 lab ada.. Kalau tak silap ada lapan. Bermula daripada lab hematology, blood bank, parasitology, microbiology, chempath, histology, cytology, & virology! haha summme logy! bukan logy proses tinja macam kat kawasan rumah korang tu k... ni logy wangi punya.. tapi ada kawan sy yg alah kepada bau lab. Macam sesetengah orang yg alah kepada bau ubat.. Satu lagi, kerja kat lab ni tak boleh ngantuk coz bahaya. So kalau ngantuk boleh balik?(banyak cekadak ! ).

Yg ni Incubator. Tempat kitaorang simpan agar yg telah di growth kan microb di atasnya. Suhu dalam ni mestilah hampir sama macam suhu dalam badan manusia.


Kawan sy sedang stain. Teknik mewarnakan organism. So senanglah nak bezakan semasa tgk bawah micrscope nanti..


Wash after certain minutes...

 Pewarna2 (stain )yg di gunakan..Crystal violet(primary stain), iodine(mordant),alcohol(decolourizer) & safranin( counter stain).

 Hari2 buat benda yg sama kat dalam lab. Orang cakap boring( orang cakap ya? bukan sy hehe..). Siapa kata kerja lab boring? Kalau masuk lab ni, korang kena bersedia melihat darah ( tak boleh trauma, kalau trauma jugak, kenalah buat theraphy), dalam parasitology korang kenalah tahan hidung bila main dengan tinja ( bukan buat tendang2 macam bola..or main gentel2 macam buat kuih raya..ambil secebis pakai stick pastu letak atas glass slide & tgk bawah microscpoe. Senang kan? ), dalam microbiology korang kenalah sanggup menghadapi risiko mendiagnose mahkluk halus( bukan makhluk halus macam hantu tu..tapi microb la...adoiyai korang ni..) tgk microb ni bahaya coz senang dijangkiti kalau tak berhati2, dalam b.bank korang akan di ajar untuk mengenalpasti jenis kumpulan darah(macam jenis ada selain yg korang tahu..bukan setakat A,B,AB & O je..tapi macam2 ada..), dalam hematology pula korang duduk berjam2 kira darah(kira sebijik2 sampai lebam bijik mata hehe..best kot tgk sel darah korang.

Antara reagent2 yg digunakan dalam makmal.. AHG, antibody & dll..

Cara handle pipite yg betul.. Yg ni disposable pipite, tak pelah pegang macam mana pon. Tapi kalau pipete yg batangnya kaca tu kena pegang betul2 coz takut jatuh & pecah.

Yg ni namanya Centrifuge. Kerjanya spin darah korang sampai dapat plasma & whole blood !


Susunan kerja yg baik sewaktu sesuatu test hendak dilakukan dalam lab. Kerja dgn cermat & tak banyak pakai tenaga. Tenang & duduk diam2 je..hehe member sebelah kentut pon konpom dengar!


 Kalau korang silap kira or tipu2 masa buat blood count, ha siaplah berdepan dgn tuduhan sebagai pembunuh ! coz pesakit akan tersilap prescribe oleh doktor.., dalam lab. chempath korang kenalah main dengan urine..(masya allah..baunya harum semerbak kasturi...eh? harum semerbak ammonia..macam mane bau ammonia? wueek meloyakan! kih kih..). Yg bestnya kerja lab. ni ialah apabila korang terserempak dgn makhluk parasit yg boleh bergerak2( masya Allah...korang pasti terpegun! kdg2 lucu apabila tgk gelagat organism bersaiz micro tu macam perangai kucing! malu2 bile kita tengok dia. Siap menyorok bawah algae tau) kat bawah microscope.


Madam Azlin sedang memberi tunjuk ajar mengenai biochemical test.. Make sure jangan bercakap & kerja mesti dilakukan dekat dengan api..


Rakan2 sedang memasukkan suspension ke dalam centrifuge..


Team lab tech! poyo je hehe...

 Siapa cakap duduk dalam lab tak best? ( ha duduk memang lah best..hehe duduk jer, bukan buat kerja pon ). Tapi kalau buat kerja pun, bukan susah sangat. Setiap hari korang boleh tambah knowledge pasal benda baru! korang tak kan tahu sampailah korang tengok dengan biji mata korang yg terbelelek tu sendiri... 

2 comments:

fatin6789 said...

budak MLT ke..fatin amek Dip microbe dulu..uitm gak(= memg rindu lah masuk lab micrbe(=

ridoma said...

fatin: yup