Dec 28, 2010

Melaka Bandar Raya Bersejarah ( jom balik kampung ! Cheng, Melaka )

 Sesekali pulang ke kampung, tidak tergambar bagaimana hati aku melonjak gembira. Cuti umum bersempena hari Natal, peluang yang tidak bisa dilepaskan. Bak kata orang, sementara kuat ini-lah masanya kita menziarahi sanak-saudara.

Sarapan pagi di Tengkera, Melaka. Mak lang dan Pak lang tumpang sekaki.

Dec 27, 2010

pancing ikan (reunion gebang silang)

 Berbekalkan bakat yang di miliki Azwan ( Sifu mancing ), Geng Gebang Silang (GGS) maju setapak lagi semalam. Hanya dengan beberapa peralatan asas memancing, kami memberanikan diri meneroka dunia yang tidak pernah terlintas dalam hati untuk di cuba. 

Nasi lemak selaku mukhadimah agenda GGS sebaik sahaja tiba di destinasi ( Sg. Buah ).

Dec 26, 2010

Khutbah Jumaat: pergaulan bebas

 Khutbah Jumaat membincangkan mengenai isu pergaulan bebas dalam kalangan anak-anak muda. Dari tahun ke tahun, statistik anak luar nikah dibongkar. Rekod saban tahun menunjukkan peningkatan jumlah mengikut usia.

Mimbar Masjid Sultan Mizan Putrajaya.

Dec 24, 2010

Sandiwara Z (4)

17/12/2010


 Satu lagi usaha Penguatkuasa Jabatan Agama Islam bersama-sama X ( keluarga mangsa dan mangsa sendiri ) untuk mencari jalan penyelesaian. Semuanya bagi menjawab kembali tuduhan Z terhadap mahkamah yang seolah-olah berkonspirasi untuk mengenakannya, serta rasa tidak puas hati Z terhadap tindakan Ustaz Hussin ( selaku individu yang telah berjaya membongkar tembelangnya ).

UiTM Puncak Alam


 3 Januari 2011, satu tarikh yang pasti memberi perspektif berbeza kepada semua lapisan masyarakat. Bagi ibu bapa yang pertama kali menyekolah-kan anak-anak dalam darjah satu, ia adalah satu cabaran. Mana-lah tahu sekiranya si anak tidak biasa dengan suasana persekolahan, dan merengek hendak pulang ke rumah. Terpaksa-lah si ayah menunggu di tepi kelas sehingga tamat waktu persekolahan.

Dec 22, 2010

Sandiwara Z (3)

16/12/2010


 Hari ini Z diberi peluang untuk menjelaskan kekusutan berdasarkan dokumen semalam. Sudahlah kusut, kini renyuk pula. Serba tidak kena. Ustaz Hussin telah memanggil pihak isteri Z yang sah, begitu juga dengan pihak X ( keluarga yang telah menjadi mangsa kepada Z ) dan Z sendiri ke Mahkamah Syariah Ulu Klang.

apa yang terlepas, tak selamanya dibiarkan..

Dec 21, 2010

Sandiwara Z (2)

15/12/2010

 Z hampir sahaja mengikat tali pernikahan kali kedua dalam hidupnya dalam masa terdekat. Proses terakhir sebelum menjadikan mangsanya, isteri kedua tanpa berpoligami. Apa sekalipun, Z masih merasakan peluangnya untuk berkahwin 50:50. Seboleh-bolehnya ,Z mahu melengah-lengahkan hal ini lebih lama.


 Analogi-nya mudah, semakin lama kes ini tertangguh, semakin lama dia dapat bergantung wang dengan isteri dan mangsa. Perasaanya bercampur baur. Jika strateginya menjadi, dia bakal berkahwin dengan mangsanya. Perkara sebaliknya berlaku jika strateginya tidak menjadi, bukan habuannya sahaja yang terlepas, bahkan dia juga bakal didakwa dengan pelbagai kesalahan di mahkamah.

Dec 19, 2010

Sandiwara Z

  Z bukan Zoro meskipun kelicikannya melepaskan diri sangat handal. Paling menyedihkan kelicikan usahanya itu telah membawa gelaran baru untuk diberikan kepadanya oleh persatuan lelaki sedunia iaitu ' lelaki paling licik'. 


 Z mungkin seorang pengarah persendirian. Z tidak mampu membuat filem, barangkali kerana gagal dalam peperiksaan SPM tetapi berjaya mengarah wanita bekerjaya sebagai mangsa kerahan wangnya.

Dec 15, 2010

Aduhai Mohamed Iqbal a/L Abdul Hamged..

 Pada mulanya tiada apa yang perlu diragukan. Segalanya seperti biasa. Sinaran mentari di waktu tengah hari memancar indah, aku dan dia berada dalam kereta baru sahaja pulang daripada pekan. Seronok rasanya dapat pergi bersiar-siar sambil mendengar cerita-cerita lama si rakan karib yang menarik ( yang pasti dia kali ini tak bercerita gebang hehe..). 

Santapan otak




Mamat di atas ini, mengayuh basikal pada waktu ?

a) pagi
b) petang

Dec 13, 2010

Halal ( alip lam lam ha ! )

Zaman anak seludang.

 Habis sahaja waktu persekolahan, aku dan rakan-rakan akan berlari ke aso ( wanita berbangsa Cina) yang menjual jajan. Harganya murah. Sebaik sahaja tiba, kawan aku cekut Loli-pop, aku pula cekut jajan berperisa udang !

 MasyaAllah sedddap ! jari-jemari bercampur peluh memang masin rasanya, jadi tidak ada beza dengan perisa udang ! ( haha...ups aku pembersih ! ) satu peket tidak sampai dua posen ( ntah aku pun dah tak berapa ingat harganya ). Soal tanda logo halal ? asal ada je.. semua aku sesah ! eh tapi sampai sekarang ,masih ada manusia yang macam ini. Hidup asal boleh !

KUALA LUMPUR seribu satu macam cerita, selesai sudah sebelum..

 Kakak aku hendak kahwin. Dia hendak kahwin. Aku pula yang kena memandu (ah malasnya !). Mujur jalan di Kuala Lumpur tidak sesak. Letih, bukan kerana letih memandu tetapi letih berjalan. Almaklumlah menemankan orang perempuan membeli belah-lah katakan. Semalam aku, abah + mak, along + laki dia, alang + tunang dia ke jalan Tunku Abdul Rahman, KL.

The Miracle of Lemba ( Molineria latifolia ) !

Botanic name: Molineria latifolia.
Malay name: Buah lemba.

Dec 11, 2010

Cucu nek Yan..(2)

 Cuti semester. Cuti dari segala-galanya ! segalanya indah tanpa gangguan sakit kepala. Bebas dari segala ancaman ujian mahupun peperiksaan akhir. Kegembiraan ini semacam dapat dihidu Adif (anak buah aku MySpace), atau dia memang selalu begitu perangainya.

Dec 10, 2010

Khutbah Jumaat: Berjihad untuk berhijrah

 Umat Islam masa kini tiada semangat jihad untuk berhijrah. Bertapa mundurnya kita sehingga ditindas oleh orang kafir. Adakah umat Islam alpa dengan kegemilangan yang pernah dikecapinya dulu ? rata-rata enak diulit mimpi yang panjang, sehingga gagal membina kekuatan dari pelbagai penjuru.




Dec 9, 2010

Cucu nek Yan..


 Hero-hero nenek Yan. Drama dibawah menunjukkan peristiwa Adif membuka skru ensel pintu dirumahnya. Anak buah aku memang rajin. Umor baru 3 tahun, sudah pandai putar skru ensel pintu bilik. abang aku bagun pagi je, tengok diatas lantai berterabur skru-skru.

 Rumah aku di masuki pencuri ke ni ?!

Dec 7, 2010

.. contact Farid " kanak hot "..

Comelnya perut buncit...( haha nice-lah ! )..
Warna-warni ( lalalalala terhibur aku dibuatnya ! )... Mesti dengar sampai habis.

Dec 6, 2010

Maria Mariana Villa... (3)

 Seperti episod lepas, kami selaku anak dan menantu lelaki tetap meneruskan agenda laman dalam taman. Siap mencabut pokok lama, kami menambak tanah hitam. Siap menambak tanah hitam, kami menanam pokok baru pula.

Maria Mariana Villa.. (2)

 Beberapa jam kemudian barulah mereka tiba. Masing-masing melakukan kerja seperti yang telah dirancang. Kini tugas kami termasuk aku adalah mengemas di bahagian luar pula. Rancangannya mudah, si perempuan menyediakan makanan untuk lelaki, manakala si lelaki pula melakukan kerja-kerja pembersihan di bahagian laman dalam taman.  Anak buah juga tidak ketinggalan, merekalah yang mengacau si ibu dan mereka jugalah yang mengacau si ayah.

Maria Mariana Villa...

 Embun subuh membasahi dedaunan. Belum sempat kering, hujan turun dengan lebatnya. Habis musnah corak-corak artistik yang terbentuk hasil himpunan zarah-zarah halus sejak awal malam tadi. Kucing di bahagian belakang rumah, berpencak sesama sendiri. Bising ! jam randik ( jam randik ? hehe jam loceng-lah ) di atas meja, jam zaman Tok Dol aku masih mampu berdering dengan kuat dan berjoget-joget kira dan kanan. Bising !  

 Buang selimut, buang bantal, buang tahi mata. Aku bigkas solat. Sebaik sahaja aku membuka pintu, seekor lembaga hitam 

Dec 4, 2010

My mom suspected having TB in her lung ! (5)

 Satu keputusan yang mengejutkan. Itu sahaja yang dapat saya katakan. Walaubagaimanapun, selaku umat Islam kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan sebarang keputusan setelah berusaha dan berdoa. Sekitar zohor mak menalifon saya yang ketika itu di halaman rumah.

 " doktor cakap mak dah boleh balik petang ni ". Kaget saya mendengarnya. Apakah ini satu gurauan?

Dec 3, 2010

My mom suspected having TB in her lung ! (4)

Repot Pathology -29/11/2010


Hasil ujikaji makmal mengesahkan mak benar-benar menghidap TB. Menurut doktor mak mudah dijangkiti kerana faktor sistem pertahanan badan yang semakin menurun dan kencing manis. Oleh itu, mak dinasihati agar mengambil suntikan kesihatan selepas sembuh nanti.  Tambahnya lagi, orang yang telah berusia mudah dijangkiti apa-apa penyakit berjangkit sekiranya tidak diberikan sebarang suntikan semula.

Dec 1, 2010

hot Mocha.. romantik !

 Petir sana-sini. Hampir setiap petang, kebanyakan kawasan dilembah Klang mengalami hujan. Saya dalam perjalanan ke sebuah kedai di Bangi yang tidak diketahui lokasinya, setelah pulang menjaga mak di wad. (Eh pulang? keluar rehat je ya) Kebetulan giliran saya menjaga mak belum habis lagi.

 " kau nak makan apa-apa pergilah turun. Nah ambil duit ini ". Mak memberi saya lima puluh ringgit.

 " ok sekejap lagi orang turun." Saya mengiyakan sahaja ( hehe banyaknya duit...eh ingat, bukan duit aku. Gunakan mana yang perlu sahaja, selebihnya pulangkan kepada mak semula ).

 Hujan semakin lebat sewaktu saya tiba di Syeksen 3 tambahan di Bangi. Jarak pemandangan saya agak terbatas. Saya perlu lakukan sesuatu. Minda harus pantas merencana rancangan jangka masa pendek. Jika terlalu panjang, habislah perut kebuluran. 

 Alhamdulillah, dalam persinggahan tersebut saya telah di ketemukan dengan sebuah kafe