Feb 14, 2011

Kekasih setia dunia akhirat

 Assalamualaikum sahabat blogger sekalian. Alhamdulillah, dipanjangkan umur kita untuk sekali lagi menyambut kedatangan maulidur rasul. Jom banyak-banyak kita selawat kepada Baginda Rasulullah .

 Sumber teks selawat : Ensiklopedia Muslim


 Dari tadika kita diceritakan dengan sirah2 perjuangan Baginda SAW dan para sahabat demi pembangunan Islam. Alhamdulillah, Islam berkembang pesat sekarang. Kita beruntung sangat-sangat, sekarang nak beribadat tak perlu sorok-sorok seperti awal-awal Islam disebarkan di Makkah.


 Namun dalam kesenangan ini, ada juga sekelompok kecil yang liat tunai ibadat. Dakwah dijalankan secara rahsia ketika awal-awal penyebaran Islam kerana sentiasa ada tentangan dari puak kafir Quraisy. Sekarang, di mana-mana pun dakwah boleh dijalankan. Cuma antara nak dan tak nak saja untuk kita pergi dengar dan ambil ilmu.


 Kadang-kadang kita lupa nak selawat pada Rasulullah dalam waktu kita lapang dan senang, selawat waktu dalam bacaan tahiyat sahaja, kadang-kadang kita lupa nak ikut sunah-sunah Rasulullah...TETAPI RASULULLAH SAW TAK PERNAH LUPAKAN KITA. Rasulullah sangat sayangkan umat baginda, sehingga di penghujung hayat Baginda pun Baginda masih mengungkapkan


 "ummati,ummati, ummati" - "umatku, umatku, umatku" .


  CINTA BAGINDA UNTUK UMAT TAK BERPENGHUJUNG...Rasulullah sebaik-baik ikutan dan teladan, akhlak baginda akhlak Al-Quran. Siapa lagi kita nak jadikan contoh kalau  bukan Nabi Muhammad SAW?


 Sabda Rasulullah SAW, “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Qur ‘an) dan Sunnahku.”

 Capailah Al-Quran dengan tangan yang masih suci dengan wuduk dan bacalah. Sunah-sunah Rasulullah kita cuba buat dan tambah dan terus tambah. Moga jalan kita sentiasa lurus sehingga ke alam akhirat, InsyaAllah...


Bersyukulah kerana segalanya telah dikurniakan kepada kita. Terpulang kepada kita untuk mencorakkan hala tuju masa depan kita.





Welcome to a new world of Blogger Malaya. Aummm!!!    

No comments: