Mar 14, 2011

Nuclear reactor effect on earth ?

Sambil duduk-duduk aku terfikir...

 Inspirasiku versi crayon, zaman kanak-kanak sememangnya kaya dengan ilham kreatif ! dalam kesibukan jari-jemari aku berbloging, tiba-tiba aku bertemu dengan beberapa isu semasa dunia. Sudah pastinya isu tsunami di Jepun yang paling banyak menghiasai dada-dada akhbar tempatan dan antarabangsa.

 Bila terbaca mengenai perihal reaktor nuklear mereka, aku tiba-tiba teringat akan cita-cita negara kita yang inginkan tenaga nuklear menjelang tahun 2020. Namun, persiapan ini beberapa kali disanggah oleh Tun Dr. Mahathir bersama beberapa saintis tempatan dan antarabangsa mengenai cadangan negara untuk memiliki tenaga nuklear suatu hari nanti. Tun berpendapat tenaga berkenaan adalah tidak selamat walaupun bersih.

 Disamping itu, walaupun startegi pengunaan tenaga nuklear mampu menarik lebih banyak pelabur luar negara kerana kos bayaran bulanan yang jauh lebih murah, mahu atau tidak mahu kita terpaksa menerima hakikat bahawasanya kos penyelengaraannya juga agak tinggi saban tahun.

 Ini adalah kerana dinding penyimpan tenaga nuklear ini perlu ditambah lapisannya dalam tempoh tertentu bagi menghalang kebocoran daripada berlaku. Seandainya ia bocor, maka ia bakal mendatangkan ancaman kepada nyawa penduduk yang tinggal berdekatan. Misalnya, seperti mana yang pernah berlaku di beberapa tempat yang tercemar .

 Sekali pun kita punyai pelbagai langkah untuk tidak mengulangi sejarah lampau, namun ia tetap boleh berlaku. Apa kurangnya negara jepun dari segi persiapan ? sebuah negara yang terkenal dengan teknologi serba canggih, kini tetap akur dengan amukan  bahan radiasi itu.

No comments: