Jun 30, 2011

Malam ke 23-29 bulan Rejab.

Malam ke-23.
Rasullah SAW bersabda, sesiapa menunaikan solat dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah Ad-Dhuha lima kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan memberinya darjat di syurga sebanyak jumlah huruf yang dibacanya dan jumlah orang kafir, pahala tujuh puluh kali haji, pahala orang yang menghantar seribu jenazah dan yang menjenguk seribu orang sakit dan pahala orang yang memenuhi seribu hajat orang Muslim.


Malam ke-24
Rasullah SAW bersabda, sesiapa menunaikan solat empat puluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-fatihah sekali dan disambung dengan ayat Amanar-Rasul sehingga akhir surah al-Baqarah sekali dan surah Al-Ikhlas sekali pada setiap  rakaatnya. maka Allah swt menuliskan untuknya seribu kebaikan dan menjauhkannya daripada seribu keburukan, menaikkan seribu darjat, turun seribu malaikat dari langit sambil mengangkat tangan mereka untuk mendoakannya, Allah mengurniakannya keselamatan di dunia dan akhirat; seolah-olah dia telah mendapat Malam al-Qadr.

Malam ke25
Rasullah SAW bersabda, sesiapa menunaikan dua puluh rakaat antara Maghrib dan Isyak pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan ayat Amanar-Rasul sehingga akhir surah Al-Baqarah sekali dan surah Al-Ikhlas sekali pada setiap rakaatnya, maka Allah swt akan menjaga dirinya, keluarganya, agamanya, hartanya, dunianya dan akhiratnya, serta dosanya akan diampunkan Allah ketika dia bangun dari tempatnya.

Malam ke 26
Rasullah SAW bersabda, sesiapa menunaika solat dua belas rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Ikhlas empat puluh kali (dalam riwayat lain disebutkan empat kali) pada setiap rakaatnya, maka malaikat akan memberinya salam dan sesiapa yang diberikan salam oleh malaikat maka dia akan aman ketika melalui sirath, ketika dihisab dan ketika ditimbang. Kemudian Allah akan mengutuskan tujuh puluh malaikat yang meminta keampunan untuknya dan mencatat pahalanya dan setiap kali dia bergerak dari tempatnya, mereka berdoa, "Ya Tuhan, ampunkanlah hamba-Mu ini sehingga pagi."

Malam ke 27
Solat dua belas rakaat pada bila-bila masa sahaja daripada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali disambung dengan surah An-Nas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas masing-masing empat kali. Setelah selesai, sebelum berpindah kedudukan, mengucapkan bacaan berikut sebanyak empat kali:
"Tiada tuhan selain Allah. Allah Maha Besar. Segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah. Tiada daya dan upaya melainkan daripada Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung."

Seterusnya membaca doa yang diinginkan. Untuk siang harinya (hari ke-27), Imam Al Jawad menekankan agar pengikutnya menunaikan solat dua belas rakaat dengan membaca surah Al Fatihah dan disambung dengan apa sahaja surah pada setiap rakaatnya. Selesai solat, membaca surah Al-Fatihah, surah An-Nas dan surah Al-Falaq masing-masing empat kali. Kemudian membaca empat kali,

Tiada Tuhan selain Allah. Allah Maha Besar. Maha Suci Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali daripada-Nya yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Seterusnya membaca empat kali,
Allah, Allah Tuhanku. Aku tidak akan menyekutukan tuhanku, aku tidak akan menyekutukan-Nya dengan apa pun.

setelah itu ucapkanlah "Ahad" empat kali.

Malam ke 28 dan ke 29
Rasullah saw bersabda, sesiapa menunaikan solat dua belas rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al Fatihah sekali

No comments: