Jul 2, 2011

Malam ke-30 bulan Rejab.

 Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat sepuluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Ikhlas sebelas kali pada setiap rakaatnya, maka Allah SWT akan memberinya tujuh kota di syurga Firdaus; dia dari kuburnya dengan wajah bagaikan bulan purnama, dia berjalan di atas sirath bagaikan petir yang menyambar dan dia bebas daripada api neraka. Berkenaan dengan solat hari terakhir, diriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w berkata kepada Salman,

 Solatlah engkau pada hari itu sepuluh rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Ikhlas dan surah Al-kafirun masing-masing sebanyak tiga kali pada setiap rakaatnya. Setelah salam, angkatlah kedua tanganmu dan bacalah,

 Tiada tuhan selain Allah satu-satunya. Tiada sekutu bagi Nya. Miliknya kerajaan dan bagi Nya pujian. Dia yang menghidupkan dan mematikan, sedang Dia hidup dan tidak akan mati. Segalanya kebaikan di tangan Nya dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Semoga Allah melimpahkan selawat atas Muhammad s.a.w dan keluarganya yang suci, dan tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

 Kemudian usapkanlah kedua tanganmu pada wajahmu dan mintalah hajatmu kerana doamu akan dikabulkan. Dan Allah akan menjadikan antara engkau dan jahanam tujuh parit, setiap parit seperti langit dan bumi, mencatat untukmu sejuta rakaat untuk setiap rakaat yang engkau dirikan, menetapkan untukmu kebebasan daripada api neraka dan melalui di atas sirath dengan lancar.

Diminta para pembaca, supaya berdoa bagi seluruh manusia dan bagi penulis ( penulis buku).

No comments: