Jul 2, 2011

Minggu Keenam.

 Salam.. yeah minggu ini aku di makmal Histopathologi. Bertemankan lampu kalimantang yang cahayanya tidak berapa hendak terang, aku tidak pasti sama ada ia tidak cukup power atau sengaja dipasang malap supaya mood romantik bersebelahan bilik mayat dapat dirasai. 


Grossing section. Potong spesimen.


Embedding section. Mengawet spesimen dengan lilin.

Organ dalaman manusia yang telah siap diawet, kini disimpan di dalam Muzium untuk rujukan pelajar perubatan.

 Suasana yang agak suram di sini sewaktu pertama kali menjejakkan kaki sememangnya mengingatkan aku kepada makmal Mikrobiologi. Almaklumlah sudah lima minggu aku bersama-sama rakan seperjuangan berlatih di sana. Di sana suasananya ceria, yang pasti pencahayaan bukanlah faktor utama. Rindu pula rasanya.


 Walaubagaimana sekalipun, itu hanyalah persepsi awal yang mahu menggugat fokus kami. Keseluruhanya kami masih bersemangat kental untuk meneruskan sesi ini sehingga tamat. 

Frozen section method.

Tissue-Tek Tec. Embedding machine.

 Staff di makmal Histo. Tidak kurang ramahnya. Baru sejam aku di sana, aku telah disambut oleh Pegawai Sains dengan senyuman penuh mesra sambil tangannya menghulurkan setiap seorang tiga biji cokelat kepada staff dan pelajar LI.


Automated method for mounting slide.

Janin yang bakal di awetkan.

 Disini kerjanya mengikut giliran. Setiap syeksen saling bergantungan antara satu sama lain. bermula di Grossing section sehinggalah ke Staining section. Kebiasaannya staff yang belum tiba giliran kerjanya akan menyediakan slide control sebelum sebarang ujian dijalankan. 


 Penwarnaan yang cantik dan berkualiti amat di titik beratkan. Sebarang kesulitan yang berlaku bakal memberi kesan kepada keputusan kerja seharian. Dalam seminggu, aku sudah di ajar pelbagai kemahiran misalnya kemahiran embedding, sectioning, dan staining. Semiggu berada disni, rasanya tidak terlalu sibuk. Seimbang, selepas siap tugas boleh berehat. Tidaklah terlalu bosan. Namun aku masih dalam mood menyesuaikan diri. 

No comments: