Jul 3, 2011

Sejenak bersama Pegawai Sains.

Biomed. MSU (da blogger girl), kak Ita dan MLT UiTM.

 Hei ingat senang-senang macam itu sahaja kami meninggalkan makmal Mikrobiologi ? tidak semudah itu.. sebagai bukti terjalinnya hubungan yang baik di kalangan staff dan pelajar LI, salah seorang Pegawai Sains di makmal Mikrobiologi telah membawa kami semua makan tengahari bersamanya  di Restoran Black Canyon, Jusco. Sedappp sangat, terima kasih kak !

Biomed. UKM.

 Selama hampir dua jam kami bertanya khabar serta bertukar-tukar pengalaman setelah tamat latihan di makmalnya. Pelbagai kisah-kisah menarik antara kami dikongsi bersama. Tiga kumpulan pelajar LI turut dijemputnya, tiga orang pelajar kursus MLT daripada UiTM, seorang pelajar kursus Biomed. daripada UKM dan seorang lagi pelajar Biomed. daripada MSU.

Rakan seperjuangan, MLT UiTM.

 Kumpulan aku masih menjalani latihan di tempat yang sama, manakala rakan Biomed. aku dari UKM telah pun tamat sesi latihan industri. Wah seronoknya dapat tidur puas-puas di rumah, rata-rata kengkawan yang sudah tamat latihan industri memberi komen positif kerana dapat rehat sepuas-puasnya di rumah. 

Kami tertawa diusik kak Ita.

 Tidak mengapa, inilah misi terakhir aku sebelum tamat tempoh pengajian hujung tahun ini. Aku tetap kental meneruskan perjuangan walau apa sekalipun yang mendatang.


Mikrobiologi UKM. Hehe ini gambar hiasan ye..

 Bak kata kak Ita, " korang belajar rajin-rajin, perjalanan korang masih jauh lagi. Jangan sesekali berputus asa. "

 Terima kasih kak, nasihat akak sentiasa menjadi amalan selagi nyawa di kandung diri, tetap tersemat erat di hati.

No comments: