Oct 17, 2011

aktiviti ku

11:00 pm. Bermulalah coretanku untuk hari ini..

 Seperkara lagi sepanjang menjalani musim praktikal, akan ku fikirkan cara terbaik untuk mencari pembaca Mega. Dari satu meja ke satu meja di makmal, dan dari satu kawasan ke satu kawasan. Segalanya demi kelangsungan jualannya.

 Hari ini (16.10.2011) kebetulan aku ke Shah Alam, ada kenduri di rumah Pak Long. Sememangnya sudah lama aku bercadang untuk menemui mereka di sana yang telah lama membuat pesanan, maka sengaja aku melajakkan perjalanan aku hingga ke Uitm, kampus utama Shah Alam. Salah satu kawasan luas yang terletak di atas sebuah bukit di Seksyen 2.

 Terdapat puluhan ribu pelajar di sana. Pasti sekali inilah tempat wajib di tuju. Buat permulaan, buku ku telah dipesan dan terjual sebanyak empat buah.

Adat bekerja sendiri..

 Berbekalkan kekuatan kapasiti penghuni di sini, aku komited pasti ada ruang di celahan ribuan orang untuk Mega mendapat tempat. Tidak manis rasanya sekiranya aku tidak berusaha dengan teori yang dibikin oleh aku sendiri. Ahh ngarut! Baiklah, esok cuba lagi. Pasti ganjaran datang bergolek, kalau zahir usaha setimpal.

 Berbagai onak dan duri telah aku lalui sepanjang menjualnya sendiri. Tiada siapa yang tahu, kecuali aku dan Dia. Berhujan berpanas, segalanya aku sanggup demi mencari seorang dua pembeli yang berminat dengan karyaku.

 UiTM Shah Alam.

 Jauh sekali se-sinonim pengemis di jalanan, kerana aku menjual sesuatu. Barangkali adalah tepat istilahnya ialah, aku mengemis nasib. Sesiapa sahaja dan kedudukan lokasinya yang aku lihat bepotensi, maka jualanku sudah semestinya akan berpaksikan individu tersebut untuk dibaca. Kemudiannya dipromosi kepada semua.

11:42 pm, selamat malam..


Pautan:

No comments: