Dec 3, 2011

Bandar Kajang Banjir !

"Rasakan wahai manusia yang tidak memikiokan kesan alam sekitar. Kami dan anak cucu kamu sedang merasainya.."

Kajang banjir !? Gerun aku mendengarnya. Kebetulan aku berada di Bandar Shah Alam sewaktu beberapa kawasan janaan utama rezeki di pusat Bandar Kajang sedang ditengelami air teh tarik mamak yang banyak. Gabungan Teh Tarik Mamak Sedunia gamaknya. Suasana riuh menyelubungi penduduk sekitar. Gempar !

Kumpulan gambar disekitar pasar Kajang.

 " Helo, kalau nak balik sekarang jangan gunakan jalan lain. Sila ikut highway yang terus mengahala ke Bangi." Kakak sulung ku yang tiba-tiba turut terasa tamparan ini walaupun dia berada di Putrajaya.

" Kenapa along ?"

" Semua jalan di Kajang telah ditutup kerana banjir !"

" Teruk ke ? setakat sikit-sikit apa lah sangat.. orang redah jelah "

" Banyak la kau nak redah ! air da sampai paras kepala tau tak !"

" Hehe setakat paras kepala Acap, apa ada hal.." Aku membandingkan paras air dengan ketinggian anak buah ku yang baru berusia dua tahun itu. Dia buncit dan ketot.

" Hei, da sampai paras kepala kau la !"

" Ups ! alamak, ok orang balik ikut jalan yang telah ditentukan.."

Kawasan banjir di jambatan sekitar Pusat membeli-belah Metro Kajang.

 Seperti kebiasaan, mejoriti kereta yang berada di tempat letak kereta bawah tanah Metro Kajang tengelam sepenuhnya. Perniagaan sekitar terpaksa ditutup tatkala air menengelamkan sehingga ke paras pinggang, manakala sebahangian yang lain ditengelami sehingga ke paras kepala.

 Aktiviti di Kajang seolah-olah pengsan sebentar semalam. Walau apa sekalipun, syukur alhamdulillah rumah kami selamat. Rasakan wahai manusia yang tidak memikiokan kesan alam sekitar. Kami dan anak cucu kamu sedang merasainya..

2 comments:

Unknown said...

aku jrg tgk berita kat tv.. so tak up to date sgt pls flood ni, dah ok ya?

ridoma said...

Alhamdulillah, da ok. Pekan kajang je pun yg kene. Kawasan lain selain kajang, yg rendah je kene. Tp bukan ckp pe la, rata2 xtau pasal banjir ni. Ramai penduduk bdekatan pondpt tau via berita kat tv. Kebetulan ari tu hujan, tu yg ramai tak keluar rumah.