Jan 25, 2012

Dekat pada mu..



 Lagu lama, saje aku post semula. Bagi yang mengenali, diharap tiada yang berani mengeluarkan spekulasi ntah apa-apa ya ? kihkih..

Jan 23, 2012

ridoma: Bersarapan di restoran mamak.

Restoran mamak di Bangi.

Cerita hangin, tak cerita pon lagi hangin satu badan. Nasib tak terKen*** je lagi. Dulu aku pernah tulis mengenai sebuah  restoran mamak  yang harga makannya tak berpatutan langsung. Hari ini, kebetulan di Bangi pula ceritanya.

 Tak sudah-sudah masalah harga makan yang tak munasabah. Bagi yang berduit tak apalah, mungkin lambat sikit terasanya. Bagi yang kurang berkemampuan pula bagaimana ?

 Pagi ini aku, mak dan abah ke salah sebuah restoran mamak di syeksen 7 Bangi. Dalam aku baik punya suap satu persatu roti canai banjir yang telah dicincang kecil oleh mamak. Tak semena-mena seorang mak cik di meja sebelah aku meluahkan perasaannya. Bukan perlahan, tapi kuat punya ! haha.. terkejut aku dibuatnya.

 " Saya makan nasi sama kuah je, sudah Rm 2.50 ! saya kerja jual surat khabar, sehelai untung sepuluh sen, ini macam punya makan (harga tidak berpatutan), mana tahan hari-hari. Other country also not like this ! ", kata mak cik yang dialeknya ala-ala cina, sambil membetulkan kedudukan tudungnya yang senget gara-gara geram dengan harga yang dikenakan mamak.

 Lalu dia pergi meninggalkan kami bertiga yang masih lagi terkebil-kebil, risau juga kalau-kalau dia buat come back. Yelah.. manalah tau, semangat tengah berkobar-kobarlah katakan.

 Sambil memerhati pemergiannya, suapan roti canai tetap diteruskan. No regret ! rugi.. apa nak buat, kalau inilah nasibnya. So pengajarannya, belajar rajin-rajin, kerja leklok. Pastu tolong orang dengan kuasa yang ada di tangan.

 Walaupun sebesar zarah ! dunia tak semestinya meminta sesuatu dengan duit. Ubahlah dengan cara tersendiri..

Jan 19, 2012

Back to fitrah.

"  Back to fitrah. Solusi pemasalahan hidup. Tiada kongkongan atau perasaan takut terhadap sesuatu melainkan untuk Allah SWT semata-mata. You are free ! merdeka !."

Fitrah


 Dunia kini semakin luas tanpa sempadan. Hakikatnya kita sekadar wadah bagi musuh Islam. Kelihatan kita sedang diperbodohkan dalam kesibukan dunia mencapai matlamat. Apa yang di hadapan, mungkin terjemahan suatu ketika dahulu yang menerujakan. Ayuh keluar daripada arus ketaksuban dunia. Namun tidak beerti kita anti kemajuan.

 Tidak kiralah apa yang sedang berlaku, setiap individu kini sepatutnya menyedari situasi ini. Kebangkitan tidak berlaku dengan hanya beberapa kerat pejuang buta semata-mata. Ukhwah juga tidak memberi apa-apa erti yang lebih baik jika tidak didasari dengan falsafah keislaman.

 Kita terlalu mengukur apa yang diperkatakan barat, sebaliknya kita alpa dengan apa yang sepatutnya dilakukan selaku manusia di muka bumi ini. Setiap sesuatu ada tujuannya. Misalnya jika pisau tujuannya untuk memotong sesuatu, jika tayar tujuannya untuk membantu kenderaan bergerak, jika simbiosis tujuannya untuk mengimbangi kehidupan masing-masing, dan jika dua gas Hydrogen dan satu gas Oksigen bersatu tujuannya membentuk air (H2O), maka tidak hairanlah jika sesuatu itu diciptakan dengan tujuannya.

 Manusia juga begitu. Lahir sebagai khalifah, menekankan kebangkitan ummah bermula daripada kefahaman individu muslim. Berbalik kepada tujuan penciptaan atau fitrah kita diciptakan oleh Allah SWT, sesekali tidak akan membelakangkan seseorang daripada pelbagai sudut kehidupan. Bahkan membantu mengurangkan beban dalam kehidupan seharaian.

  Back to fitrah. Solusi pemasalahan hidup. Tiada kongkongan atau perasaan takut terhadap sesuatu melainkan untuk Allah SWT semata-mata. You are free ! merdeka !

 Adapun isu liberalisme atau apa sahaja pakatan konspirasi z!on!s, pastinya mudah diatasi. Berjuang bukan semata untuk para pejuang. Berjuang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Berkat usaha, kekuatan ukhwah Muslim Brothers boleh mengatasi apa sahaja usaha jahat musuh.



10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna:

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah
sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan
sekalipun. 

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu,
pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah
zikrullah dan janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab
Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah
syiar Islam. 

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara
sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada
memberi apa-apa jua kebaikan. 

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa
berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi
tenteram. 

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang
sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. 

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar
yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan
yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia
malah menyakiti hati orang. 

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi
orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan
janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi
kebajikan. 

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang
ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang. 

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada
masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya.



Jan 4, 2012

Usah leka dek khayal arus gerakan.

AUKU

 Nada intelektual dalam arus gerakan mahasiswa kian menghilang. Apa sudah jadi..? Jangan korbankan masa depan.


 Detik ini, gerakan tumbuh meliar. Seolah-olah melewati batasan yang menanti rebah. Adapun gerakan ini didokong setia ideologi jarang, yang sudah tercalit mahu sahaja niatnya tercapai.

Jan 3, 2012

Teknologi kita lagi hebat daripada z!0n!s.


 Siapa sangka teknologi kita jauh lebih hebat daripada negara-negara yang tidak lekang dengan aktiviti ketenteraanya. Kebolehan kita menyediakan kekuatan pertahanan telah berjaya membuka mata pemimpin pertahanan negara mereka.

 Dalam satu forum berkaitan di Iran, seorang panel mendedahkan kekuatan Jet pejuang !sre@l yang dapat diterbangkan tanpa pilot dalam kempen pembunuhan umat Islam besar-besaran. Namun tidak semena-mena, bangkit seorang peserta berasal daripada Lubnan yang pernah menuntut di UIA, lalu mencelah " Malaysia mempunyai jet pejuang lebih maju daripada !sre@l".

 Hujah peserta forum tersebut telah menyebabkan semua yang hadir terkesima mendegarnya. Rata-rata teruja ingin tahu rahsia ini. Sebarang bentuk kebolehan luar biasa dalam bidang teknologi ketenteraan yang di miliki, sebaiknya ingin dikongsi bersama untuk kepentingan umah.


 Sudah lama z!0n!s berdebah menzalimi umat Islam secara terang-terangan. Penindasan serta pembunuhan berlaku berleluasa, bukan isu di Palestin semata bahkan seluruh dunia Islam yang direncana secara halus dengan izin sekutu rapatnya, Amerika Syarikat. Mana mungkin terus berlaku, kita tidak sepatutnya tunduk kepada mereka lagi !

 " Jika jet pejuang !sre@l tanpa pilot, tapi di Malaysia jetnya tanpa enjin", tambahnya lagi kepada peserta yang setia mendengar ulasanya sejak tadi.

 Maka bergegarlah seluruh dewan, di penuhi gelak besar para peserta forum tersebut. 



Kredit: Chomeini
Pss: Enjoy comedy article.

Jan 1, 2012

SALAM: Shah Alam Rivers & Trees for life 2011.

Inilah nama programnya dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Bandar Shah Alam.
 Yeeha.. gua join tanam pokok ! haha gilo.. naik golap kulit aku ni hah. Dari pagi berjemur sampai ke tengah hari.

 Demi semangat sukarelawan, aku dan semua ahli terlibat bertungkus lumus menanam anak-anak pokok di seksyen 7 Shah Alam dengan penuh kasih sayang. Barulah gemuk-gemukkan pokok air tangan aku kan ? hehe..

 Aku baru sahaja terlibat dengan program Yayasan Salam dalam kerja-kerja komuniti. Rasanya tidak sampai 3 program lagi.

 Bagi aku, NGO seperti ini menarik dan sangat bagus untuk sesiapa sahaja yang gemar menyumbang tenaga tulang empat keratnya untuk masyarakat terutamanya golongan remaja. Wang ringgit atau penghargaan bukanlah segala-galanya. 

Sebilangan ahli Yayasan Salam yang sudi menabur bakti demi kesejahteraan generasi akan datang di Shah Alam.