Jan 19, 2012

Back to fitrah.

"  Back to fitrah. Solusi pemasalahan hidup. Tiada kongkongan atau perasaan takut terhadap sesuatu melainkan untuk Allah SWT semata-mata. You are free ! merdeka !."

Fitrah


 Dunia kini semakin luas tanpa sempadan. Hakikatnya kita sekadar wadah bagi musuh Islam. Kelihatan kita sedang diperbodohkan dalam kesibukan dunia mencapai matlamat. Apa yang di hadapan, mungkin terjemahan suatu ketika dahulu yang menerujakan. Ayuh keluar daripada arus ketaksuban dunia. Namun tidak beerti kita anti kemajuan.

 Tidak kiralah apa yang sedang berlaku, setiap individu kini sepatutnya menyedari situasi ini. Kebangkitan tidak berlaku dengan hanya beberapa kerat pejuang buta semata-mata. Ukhwah juga tidak memberi apa-apa erti yang lebih baik jika tidak didasari dengan falsafah keislaman.

 Kita terlalu mengukur apa yang diperkatakan barat, sebaliknya kita alpa dengan apa yang sepatutnya dilakukan selaku manusia di muka bumi ini. Setiap sesuatu ada tujuannya. Misalnya jika pisau tujuannya untuk memotong sesuatu, jika tayar tujuannya untuk membantu kenderaan bergerak, jika simbiosis tujuannya untuk mengimbangi kehidupan masing-masing, dan jika dua gas Hydrogen dan satu gas Oksigen bersatu tujuannya membentuk air (H2O), maka tidak hairanlah jika sesuatu itu diciptakan dengan tujuannya.

 Manusia juga begitu. Lahir sebagai khalifah, menekankan kebangkitan ummah bermula daripada kefahaman individu muslim. Berbalik kepada tujuan penciptaan atau fitrah kita diciptakan oleh Allah SWT, sesekali tidak akan membelakangkan seseorang daripada pelbagai sudut kehidupan. Bahkan membantu mengurangkan beban dalam kehidupan seharaian.

  Back to fitrah. Solusi pemasalahan hidup. Tiada kongkongan atau perasaan takut terhadap sesuatu melainkan untuk Allah SWT semata-mata. You are free ! merdeka !

 Adapun isu liberalisme atau apa sahaja pakatan konspirasi z!on!s, pastinya mudah diatasi. Berjuang bukan semata untuk para pejuang. Berjuang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Berkat usaha, kekuatan ukhwah Muslim Brothers boleh mengatasi apa sahaja usaha jahat musuh.



10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna:

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah
sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan
sekalipun. 

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu,
pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah
zikrullah dan janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab
Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah
syiar Islam. 

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara
sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada
memberi apa-apa jua kebaikan. 

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa
berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi
tenteram. 

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang
sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. 

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar
yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan
yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia
malah menyakiti hati orang. 

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi
orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan
janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi
kebajikan. 

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang
ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang. 

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada
masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya.



2 comments:

mohdhazlan Dreadlock said...

mekasih ...suka hassan al banna ..

ridoma said...

mohd hazlan: sama2..