May 18, 2012

ridoma homemade chocolate 4.0


Hayatilah originaliti ridoma solid chocolate..

 Hi Assalamualaikum. Apa khabar kawan-kawan.. kali ni aku nak berkongsi cerita ridoma chocolate trip to Shah Alam. Lega rasanya dapat menyiapkan tempahan seorang gadis daripada UiTM.

 Seronok sangat tengok orang lain puas hati dengan hasil kerja kita sendiri kan ? tipulah kalau korang tak. Feelnya lebih kurang macam bantu orang angkat barang. Tapi feel siapkan makanan untuk orang lain sikit terujanya. Tambahan pula apabila product makanan kita dipuji sedap, rasanya berjuta-juta kali ganda puasnya! haha..


 Bersusah payah aku menyiapkannya. Semalam bahagian production ridoma chocolate terpaksa over time. Bahagian pengeluaran ridoma tutup pukul 2 pagi, gara-gara kerja menampal sticker pada chocolate yang belum selesai. Keseluruhannya, pukul 4 pagi baru aku dapat peluk bantal busuk di rumah.

 Esok aku akan menjalankan R&D ke atas ridoma chocolate di slaah sebuah makmal coklat terkemuka. Jika dahulunya ridoma chocolate hanya untuk kaum keluarga terdekat, lepas tu rakan-rakan, kini untuk semua. Bukan setakat hygiene sahaja yang perlu dititik beratkan.

 Bahkan kualiti tekstur, rasa, ketahanan, kekacang, kulat dan bungkusan juga menjadi agenda utama ridoma chocolate dalam masa terdekat ini. Sebarang peningkatan mutu, jaminan terbaik daripada ridoma chocolate yang hanya bertaraf homemade di usia setahun jaggung ini.



3 comments:

Puteri Iqa Izyan said...

wahh. semoga terus berjaya dalam bisnes coklat :))

ridoma said...

outeri iqa izyan: terima kasih..insyaAllah =)

Syuk Ry said...

sya doakn ada brjaya..