Aug 20, 2012

Vanila coklat D'Aidilfitri pertama


Aidilfitri pertama kami sama seperti semua =)


 Seharian beraya. Bermaaf-maafan, ziarah-menziarahi dan makan semakan-makannya. Baik tak pecah perut aku ni, buncit dengan ketupat rendang. Jangan jadi macam aku, makan sampai tak ingat dunia. 

 Ramai juga yang bertandang ke rumah, kebanyakan jiran-jiran dan sanak-saudara yang merancang pulang ke kampung selepas hari raya pertama. Macam biasa, cokelat aku begitu laris sekali. Tak cukup dengan hidangan yang di atas meja, siap ada yang nak beli pula..tak bagi beli, marah pula tu..

 Ish bukan apa, kontang stok coklat raya aku kat rumah ni. Musim raya ni-lah baru nak merasa R.E.H.A.T. Malam semalam sambil menziarahi ke rumah saudara-mara terdekat, sempatlah juga melayan cerita Vanila Coklat versi raya ni melalui laman web tonton dalam I-Pad kakak aku.

 Semua tak sabar nak tengok babak  Ridoma Chocolicious  dalam cerita tu. Ridoma chocolicious dapat credit title dalam cerita tu, puas hati tidur malam tadi hehe..
























1 comment:

Anonymous said...

eh ade tgk mlm raya ari tu..sweet drama V.C.raya. Perasan tme last skali, ada keluar brand ridoma as sponsor utk cokelat vanila cokelat..