May 7, 2013

Dua jawapan: Dari syabab yang tak habis sekolah lagi



1. Adakah isu sentimen perkauman merupakan salah satu cara meraih undi mejoriti orang Melayu ?

 Setelah meneliti Video Amanat Tunku Abdul Rahman, tidak salah jika saya beranggapan isu perkauman adalah startegi lama 'politik kotor'. Sentimen perkauman ditiupkan kembali bagi mencalar reputasi seseorang atau meraih undi mejoriti. Apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mencetuskan isu perkauman pada tahun 1969, orang Melayu yang berkongsi perasaan kecewa terhadap bangsa Cina, beramai-ramai keluar untuk menuntut keadilan.

 Natijahnya, pihak yang tidak bertanggungjawab dengan sewenang-wenangnya berjaya mendapatkan undi mejoriti orang Melayu. Bagi saya, mana mungkin sesuatu yang cantik atau lebih sempurna, berasal daripada sesuatu yang hodoh.

 Memetik kata-kata seorang tokoh revolusioner Turki, Harun Yahya, yang telah ditiruvasi oleh saya. Monyet tetap monyet, tak mungkin menjadi nenek moyang manusia. Begitu juga, bumi yang cantik ini tidak terbentuk daripada kejadian yang kebiasaannya memberi impak yang hodoh, iaitu letupan.

 Hakikat sebenar disebalik khabar angin yang berbaur perkauman. Kaum Melayu sudah jauh ketinggalan daripada pemikiran politik yang matang. Jika ada orang Melayu yang mengatakan orang Cina salah, maka orang Melayu pun salah juga.





2. Adakah kaum Cina telah berpaling tadah ?

 Kaum Cina telah melakukan perubahan dalam hidup mereka. Daripada parti rasuah kepada yang lebih bersih. Kita bila lagi ?

 Maka Melayu juga perlu menyedari hakikat ini. Beralih kepada parti yang tidak mengamalkan rasuah. 

 Kalau tak mahu undi DAP kerana 'DAP Cina', undilah parti lain selain parti sedia ada (yang telah terlalu lama kotor). Mudah, lagi mudah kalau ramai yang memahami hasrat 'Melayu Bersatu Islam Berdaulat'-Isma.

 Selagi mana orang Islam masih jahil, parti-parti Islamik ini tidak akan menang. Rata-rata orang Melayu masih mudah dibeli dengan wang. Misalnya, sepanjang lima tahun pemerintahan berjalan, empat tahun mereka dimanipulasi, setahun kemudian setelah dibeli dengan bantuan yang tidak setimpal. Mereka dengan mudah boleh melupakan penipuan tersebut.

 Situasi ini jauh berbeza dengan kaum Cina, mereka lebih menjangkakan hasrat seseorang dan berdikari. Kemampuan mereka mencari rezeki tanpa mengharapkan belas kasihan orang lain, telah mengajar mereka erti kekuatan. Sekaligus membebaskan mereka daripada belenggu momokan berita masa depan yang tidak tentu kesahihannya.



Ihsan Youtube:








2 comments:

fadh leyanie said...

yang monyet tetap monyet tu sy terasa la farid khan.haha

ridoma said...

sekadar memetik kata2 Harun Yahya lah lenie..