Mar 18, 2015

Bila Putera Sg.Chua mula-mula kenal blog?

ridoma , chairman , shawlaris , jongkong emas , campuslicious chocolate , buku illustrasi kanak-kanak terbaik Malaysia

Saat awal mengenali dunia blog dan kenapa aku berbloging?
Pejam celik pejam celik kejap je dah 5 tahun aku berbloging. Alhamdulillah bertahan, walaupun masih tak layak bergelar blogger. Aku masih newbie. Banyak benda yang aku tak tahu. Bermula sebagai budak yang teruja menulis sebab nak bantu parents.

Dulu abah kerja swasta. Lepas bersara, income abah drop gila2. Tak macam orang kerja kerajaan. Tak cecah pun separuh gaji semasa dalam perkhidmatan. Kehidupan kami berubah. Makan pakai terpaksa dicatu. Mak kembali membuat kuih di usianya yang sepatutnya bersara masa itu.



 Blog-lah tempat aku meluahkan segala yang terpendam. Lama-kelamaan aku semakin mengenali dunia alam maya. Tipulah kalau aku menulis tapi tak membaca blog orang lain. Aku suka baca blog2 otai. Antaranya Blog cikgu SaDo, Ben Ashaari.

ridoma , shawlris , chairman
Jongkong

Motivasi Emosi Inspirasi dan melangkah lebih jauh dalam dunia aplikasi.
Subhanallah inilah bank pengalaman bagi aku. Alhamdulillah, erti susah mengajar aku eksplore lebih.

 Mak pesan, belajar rajin2 sebab adik-beradik sekalipun belum tentu boleh membantu kita kalau tak ada ilmu. Bukan cakap nak menghasut, tapi inilah realiti masing2 akan ada komitmen dengan keluarga masing2. Kita akan keseorangan bila mak abah dah takde.

 Jadi aku tekad untuk sambung belajar. Orang2 yang aku jumpa juga banyak memberi sokongan. Pengalaman sepanjang menimba ilmu di kampus banyak membuka cara aku berfikir. Macam2 ragam dan rintangan aku hadapi.

 Duit bukanlah segala-galanya, tapi duit jugak penting untuk kegunaan asas sepanjang di kampus. Makan minum pakaian aku serdahana. Asalkan aku faham dan lulus periksa. Aku boleh je hidup dengan berbekalkan sebatang roti Gardenia 60 sen untuk sehari. Ini sahaja makanan aku kalau malas nak fikir banyak.



Aku mula mencari sesuatu yang boleh aku jadikan duit.
Semestinya berniaga. Kelebihan menulis style jalanan yang aku miliki nak diasah sampai boleh dibukukan. Sindir, tawa, hina, perlekeh segalanya aku lalui begitu sahaja. Ditipu, tak dilayan dan tak diterima kerana tak cukup syarat sampailah ke penghasilan buku pertama yang hambar.

 Namun sedikit pun tak melunturkan minat dan kesungguhan aku, paling tidak aku dah berjaya maju selangkah daripada remaja2 lain yang sedang asyik dengan dunia mereka. Macam2 seni nak hidup atas dunia aku timba, sedikit demi sedikit.

 Tak susah. ada mata pandang, ada hati rasa, ada akal pertimbangkan. Itu sahaja mungkin tidak mencukupi. Sekadar hipotesis jalanan lagi tidak berlandaskan ilmu.

 Kemudian ada telinga dengar. Dengar pengalaman semasa berkawan. Semasa mengutip pengalaman, aku lebih gemar mengangguk kepala sambil memasang telinga dengan sungguh2. Paling sempoi, cara ini mengajar aku kesilapan orang lain.

 Aku tak suka cari musuh. Setiap orang adalah guru aku. Bagi yang pertama kali join dunia luar, kita ibarat anak ikan yang dilepaskan di lautan yang luas. Tak ada ilmu mati lemas atau mati dibaham ikan paus-lah kita.

Alhamdulillah aku dijauhi dari segala fitnah dan bencana sosial di sepanjang perjalanan yang gersang ini.
Rezeki semakin menjadi-jadi. Rezeki hasil terbitan buku, dan seterusnya kepada penjualan coklat homemade sehinggalah ke jongkong emas.

 Kaya tu belum lagi-lah, Alhamdulillah cukup untuk lepas diri sendiri. Ada lebih dapatlah bantu kaum kerabat terdekat yang memerlukan. Sesuatu yang menarik apabila orang yang kita sangka financial stable dan berkerjaya juga kadang-kala dalam kesusahan.

 Mungkin hal ini biasa bagi yang sudah bekerjaya, "biasalah tu, ko mana tau komitmen". Orang bekerja juga perlu membayar itu dan ini. No money freedom.

 Ini bermaksud pandangan aku selama ini salah, kerja itu bakal menutup segala kesusahan. Macam masa zaman abah kerja dulu, 4 orang anak dia taggung sampai masuk Universiti. Sedikit pun tak merungut tak cukup duit, barakah!

 Cuma aku sahaja yang tak sempat merasa kesenangan abah masa berkhidmat. Bahkan daftar masuk ke Universiti dengan duit kumpul berniaga. Inilah nasib anak bongsu yang kebanyakan orang sangka 'anak emas' atau 'anak manja' yang tak kenal erti susah.
prima karangkraft , buku kanak-kanak , buku illustrasi , illutsrasi sains kanak-kanak , buku addeen , penulis buku kanak-kanak terkenal Malaysia , buku pilihan Malaysia , Apa itu cahaya? , Mata pelangi the series , buku sains kesihatan kanak-kanak , optometry malaysia , optometry msu , eye center msu shah alam , msu malaysia
Buku illustrasi kanak-kanak

Aku berniaga untuk lepas duit belanja.
Syukur Alhamdulillah. Paling tidak tak aku tak sedih bila terpandang budak kecik jilat aiskrim depan mata. Serius sadis tengok orang membeli-belah dan makan angin sana-sini, sedangkan kehidupan kami juga dulunya seperti mereka, bahagia. 



 Dengan duit yang cukup2 ini, aku boleh survive tanpa mintak mak abah duit. Aiskrim bukanlah soal utama mengapa aku mencari duit. Tapi yuran belajar, peralatan belajar seperti retinoscopy, duit belanja seharian, dan sedikit yang ada untuk dikongsi bersama. 

 Dunia aku semakin sibuk. Sedar tak sedar, kadang berbulan aku tak update blog. Rasa berdosa apabila kesungguhan menulis semakin terpinggir, tak macam dulu. Sedangkan inilah platform aku mula2 melakar idea, berkarya sepuas-puasnya.

Berbekalkan laptop buruk dan berkarat.
Inilah yang telah membantu aku sepanjang mencari rezeki menulis buku. Tak percaya boleh datang ke rumah, tengok sendiri keadaan laptop ini. Bukan nak cakap apa, bateri pun takde. Direct current je.

 Silap2 sambil menaip terkena current, tu normal. Jari-jemari kena betul2 landing atas keyboard plastik ni. Kalau tak, ngilu beb terkena current. Aku bersyukur, berniaga menjadikan aku manusia yang lebih humble. Lebih mengenali Allah. Juga lebih manusia di luar sana.

 Semasa kita di kampus, keadaan yang cuba nak gambarkan ini mungkin tak berapa nampak. Persaingan antara kita hanyalah CGPA untuk mendapatkan segulung ijazah. Tapi di dunia luar, wang dan hutang mengubah segalanya.



Persaingan terbuka dan terdedah dengan pelbagai ancaman yang tak terduga.
Kawan makan kawan. Tu belum lagi tengok kawan yang jadi Hulk hijau. Hari2 tengok macam nak makan orang kat office.

Rupa-rupanya ada masalah hutang dan konflik dalaman keluarga. Puncanya duit. Susah banyak mengajar aku berterima kasih kepada Allah. Bagaimana dan di mana? Misi pencarian seseorang berbeza2.

Hidayah milik Allah. Ia dirancang dan disusun rapi oleh Yang Maha Esa. Kita hanya watak yang bergerak di muka bumi. Maka GPS-nya adalah agama. Ke mana sahaja kita merantau, jangan lupa rumah Allah. Jangan lupa pesan Allah. Jangan lupa pewaris pesuruh Allah.
 Merantaulah ke mana kita nak pergi, sejauh mana dan sesusah mana, In sha Allah selamat dunia akhirat. Indahnya hidup bersatelitkan Allah. 

 Kini penulisan tetap diteruskan, berniaga sambilan dan kecil-kecilan juga masih diteruskan. Alhamdulillah apa yang lebih menarik, aku dikurniakan orang sekeliling yang cukup berpengalaman untuk membantu.

 Apabila kita sudah biasa susah, tak susah untuk kita mengeluarkan idea yang kreatif untuk menyelesaikan masalah. Bermula dengan monkey see monkey do, kemudian berinovasi. 'Tiruvasi'. 












No comments: