May 30, 2017

Ramadan & Tips Impian

Kebanyakan idea hebat lahir selepas gagal. Bagi saya karya
yang kedua ini amat bermakna. Kalau tak, belum tentu saya dapat berimpian.

Selamat menunaikan
ibadah puasa di bulan Ramadan untuk hari
 yang ke 4. Saya doakan agar sihat sejahtera.

Seperti biasa
saya suka mengingatkan diri saya sendiri disamping
 berkongsi kisah yang boleh memberi insipirasi kepada anak muda.

Tanpa impian,
usaha tak akan ke mana-mana. Roh
kepada impian dan usaha, adalah doa.

Acap kali kau dinasihatkan
dengan doa itu senjata mukmin. Konfem rata-rata
telinga membiarkan sahaja, ibarat sungai yang berlalu tenang.

Sesudah khutbah Jumaat,
kau dan ilmu tadi berlalu pergi. Tak usah
kau terbeliakkan biji mata tu. Ngaku sahajalah haha..

Selain itu, impian
atau niat juga dirujuk sebagai salah satu elemen hukum daya tarikan
(Law of attraction). Niat sahaja tidak mencukupi kawan-kawan.

Contohnya kalau kau nak makan
Mc Donald double cheese burger, niat
sahaja tanpa usaha. Jawabnya tahun depan pun tak merasa.

Hidup berimpian tak salah.
Salah hidup kalau tak berimpian.
Namun pastikan niat disusuli usaha.

Sesudah berimpian, tak salah
kita mencuba. Jum klik link di bawah kalau
nak tahu apa hasilnya.. SIAPAKAH OPTOM










No comments: