May 29, 2017

Unifi lite

Diantara karya Agung abang, tahu?

Selamat menunaikan ibadah
 puasa untuk hari ke 3. Tak sabar rasa nak menguji unifi lite.
Dengan ketumbukan 10Mbps sudah cukup untuk abang hembus isi hati ini ke seluruh dunia. Abang bukan jenis yang banyak pakai internet.

Sekali sekala masuk ofis
 di hujung bulan untuk tujuan marketing sahaja. Jika awak nak tahu, semua jenis pakej unifi dilengkapi dengan hyptivy. Kalis hujan tahu? haha..

Namun buat pertama kalinya
 TM mengurangkan kelebihan hyptivy pada unifi lite, yang selama ini ada pada pakej unifi versi advance.

Dengan pakej ini, awak
 hanya boleh menikmati hyptivy menerusi dua jenis peranti, iaitu telefon bimbit dan tab. Berbanding pakej advance, ia boleh terus dipancar ke mana-mana peranti termasuk smart tivi di rumah awak yang canggih tahap lengkung.

Abang jenis bersyukur. Sebelum
 merasa internet yang lebih laju ini, abang telah biasa gunakan streamix
selaku senjata utama online.

Alhamdulillah beratus juga
 karya abang dapat hasilkan. Yang penting nawaitu.
 Jalan terus! Jangan mudah berputus asa.




Fred Omar.
Penghembus isi hati hahaha..






Klik link di bawah dan subscribe





No comments: